Sekolah SMK. Simpang Rengam telah mencatatkan keputusan yang membanggakan apabila berjaya menggondol hadiah dalam 6 acara daripada 10 acara yang dipertandingkan dalam festival S&T kali ini. Peserta yang dipilih mewakili sekolah merupakan peserta yang berjaya dalam pertandingan Karnival Sains dan Teknologi peringkat sekolah yang telah dijalankan pada bulan April.Kejayaan yang dicapai ini merupakan satu titik tolak kepada kontigen SMK. Simpang Rengam untuk lebih cemerlang dalam bidang ko-akademik.Kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa komitmen guru, pelajar dan staf sekolah yang banyak menyumbang tenaga dan idea untuk memastikan SMKSR menjadi yang terbaik di kalangan yang terbilang dalam semua lapangan yang diceburi.
Berikut adalah keputusan rasmi Festival S&T Peribgkat Daerah Kluang bagi tahun 2008.
JOHAN
Pelancaran Roket – Paracut & Trajektori SMR
Amirul Alif b. Abd Rahman
Norkamarul Shahril b. Norlizam
NAIB JOHAN
Pembentangan Topik Sains SMA
Siti Nur Izni bt Nor Ali
Siti Nur Adibah bt bt Fadzil
Siti Nur Iylia bt Nor Ali
KETIGA
Kereta Solar Sek Menengah Ketiga
Mohd Nadzril B Sarono
Mohd Bakri B Radzli
Mohd Bakri B Radzli
KEEMPAT
Amali Sains SMR Keempat
Nureen Aqilah Bt OsmanKamarudin
Muhammad Amiril Haziq
Wan Nabilah Amirah bt Wan Baharin
Roket Sasaran SMA
Muhammad Hamirul Abd Karim
Farizal bin Jamil
Anugerah Saintis Muda Idol
Siti Nur Iylia bt Nor Ali
TAHNIAH DAN SYABAS !!!!!
SMK. Simpang Rengam akan mewakili daerah Kluang ke Festival S&T Peringkat Negri dalam Pertandingan Roket Paracut dan Trajektori yang akan berlangsung di Segamat awal Julai nanti.
Doakan kami semoga berjaya dan akan pulang dengan kejayaan.